LTU GLOBAL RESOURCES

LTU Global Resources ( LTU Global ) adalah gabungan syarikat bersama Ladang Ternakan Ulu Yam. LTU Global menjual produk seperti berikut :-


  1. Produk Muslim seperti produk keluaran pengusaha kecil disekitar masyarakat berdekatan lokasi kami. Antara produk yang dijual , kerepek, ayam segar, daging segar, daging kambing, hasil tenusu kambing dan lembu. Produk seperti daging perap, kambing perap dan lain-lain lagi.
  2. Produk Pertanian seperti makanan ternakan,ubat-ubatan ternakan, baja organnik dan baja berasaskan kimia.
  3. Produk Kesihatan dan Kecantikan.
Anda boleh hubungi Kak Cik di :
Tel : +6019 219 5589
atau


Share:

SUSU KAMBING DAN SUSU LEMBU LTU

Produk baru dari Ladang Ternakan Ulu Yam...(value added) susu lembu berperisa dan susu kambing berperisa.. yang mana tak suka minum susu segar boleh dapatkan susu yang telah di pasteurized dan mempunyai ketahanan apabila simpan didalam "chiller" boleh tahan hingga hampir 2 minggu....Jadi untuk menggalakkan anak2 minum susu kambing yang khasiatnya hampir sama dengan susu ibu,jemput datang ke kedai kakcik LTU Global Resources

HUBUNGI : https://wa.me/60192195589

SUSU KAMBING DAN SUSU LEMBU LTU

Share:

TIP BERJAYA DALAM BIDANG PENTERNAKAN LEMBU DAN KAMBING

Walau berapa banyak supplements diberi pada ternakan ...rumput adalah makanan asas yang diperlukan olih ternakan ruminan...jadi kami di LTU lebih mementingkan penanaman rumput di seluruh kawasan ladang kami...tidak perlu kawasan ragut yang besar tapi menafaatkan tanah yang ada dengan menanam rumput. Kami tidak bangga dengan berapa banyak lembu yang ada di ladang/kandang tapi kami bangga dengan berapa lama kami boleh bertahan dalam perternakan lembu dan kambing sebagai satu bidang perniagaan yang tidak merugikan sehingga terpaksa menutup ladang yang banyak terjadi di Malaysia..Dengan itu kita hanya akan kayakan pengimport lembu/kambing dan sekarang ni sibuk nak import susu pulak ...jadi bangkitlah wahai rakan2 ternakan untuk kita bersatu menjadi bidang ternakan yang berdaya maju dengan memberi ternakan dengan makanan yang ada dibumi hijau supaya kita tak rasa sangat bebanan dengan makanan yang mahal dan menjadikan pendapatan kita sangat tipis dan merugikan...Nak cebur dalam bidang ternakan mesti rajin dan sentiasa berada di ladang untuk mengawasi pemakanan dan timba sebanyak ilmu yang diberi olih pihak kerajaan,swasta dan juga Mr Google...inn shaa Allah...
💰*SELAMAT MAJU JAYA*💰


💖PENTERNAKAN ADALAH SATU PERNIAGAAN💖

Image may contain: 1 person, plant, sky, grass, tree, outdoor and nature
RUMPUT NAPIER LTU LADANG TERNAKAN ULU YAM


Share:

SEBELAS KEBAIKAN SUSU KAMBING

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Israk Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah SAW telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamar, nescaya binasalah umatmu.”

Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu, namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah Rasulullah SAW. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia.

Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah SAW terutamanya yang diminum terus selepas diperah. Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Berikut merupakan 11 KEBAIKAN SUSU KAMBING

#1 Kalsium Yang Tinggi

Semua jenis susu mempunyai kalsium yang tinggi. Susu kambing tidak terkecuali. Umum mengetahui yang kalsium amat baik untuk menghalang masalah osteoporosis.



#2 Memberi Keselesaan Pada Perut

Minum susu kambing juga tidak menyebabkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu. Ini kerana susu kambing mempunyai enzim yang lembut terhadap perut.



#3 Komposisi Yang Lebih Hampir Pada Manusia

Komposisi kimia susu kambing lebih dekat kepada susu manusia berbanding susu lembu. Oleh itu, badan kita mendapat lebih nutrien menerusinya.



#4 Kurang Tekanan Pencernaan

Susu kambing kurang memberikan tekanan kepada proses pencernaan.



#5 Satu Cawan Pun Dah Hampir Cukup

Satu cawan susu kambing memberikan hampir 40% keperluan kalsium harian kita, 20% pengambilan vitamin B, selain fosforus dan potassium.



#6 Sesuai Untuk Pengidap Anemia

Bagi mereka yang menghidap anemia, susu kambing adalah baik untuk anda kerana ia boleh meningkatkan kadar zat besi.



#7 Mengimbangkan Asid Lemak Dalma Tubuh

Susu kambing mengimbangkan asid lemak di dalam tubuh. Ini dapat mengelakkan kita daripda penyakit strok, jantung, dan pelbagai lagi komplikasi koronari.



#8 Tinggi Kandungan Potassium

Kandungan potassiumnya yang tinggi membantu merendahkan tekanan darah.



#9 Menguatkan Sisitem Badan

Selenium di dalam susu kambing melindungi kita daripada penyakit dan menghalang jangkitan. Ini kerana selenium merupakan komponen penting di dalam ssstem ketahanan badan.



#10 Kaya Dengan Protein

Susu kambing kaya dengan protein. Protein penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.



#11 Asid Lemak Yang Lebih Tinggi

Asid lemak yang ada dalam susu kambing lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam susu lembu. Tapi, ia kurang lemak “jahat”. Ini bermaksud yang ia membantu dalam menurunkan berat badan tanpa mengabaikan keperluan nutrien.

Jadi, anda boleh mula menyimpan susu kambing di dalam peti sejuk anda untuk mendapatkan keperluan nutrisi harian anda. Ia juga pengganti yang bagus bagi mereka yang tidak suka minum susu lembu tapi mahu mendapatkan khasiat daripada susu.

JANGAN RISAU BAB BAU !!!

Kak Cik dah berhempas pulas untuk menyajikan SUSU KAMBING yang TIADA BAU KAMBING.

INI GERENTI DARI KAK CIK !!!

Untuk TEMPAHAN SUSU KAMBING TANPA BAU




SEBELAS KEBAIKAN SUSU KAMBING

Share:

Alamat LTU Ladang Ulu Yam

Alamat LTU Ladang Ulu Yam
Alamat LTU Ladang Ulu Yam

Lot 821 Batu 30 Jalan Besar Hulu Yam Lama
44300 Batang Kali, Selangor 44300

Hubungi   : Kak Cik  
Tel            : +6019-219 5589


Share:

Ladang Ternakan Ulu Yam

Ladang Ternakan Ulu Yam atau LTU terletak di
 Lot 821, Batu 30,
Jalan Besar Hulu Yam,
44300 Batang Kali.
Berhampiran dengan bandar Rawang atau 45 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.Kedudukan berhampiran simpang Ke Genting Hingland.

Ternakan :-
1.Lembu Pedaging
2.Lembu Tenusu
3.Kambing dan Biri-biri

Produk:-
1.Susu Lembu
2.Susu Kambing
3.Baka Lembu Tenusu (jantan & betina)
4.Lembu daging (akikah,korban dan majlis kenduri)

Perkhidmatan:-
1.Penyembelihan
2.Penghantaran
3.Khidmat Nasihat
4.Lawatan Sambil Belajar
5.Latihan Asas Penternakan (sijil diberikan)
6.Lawatan atau beriadah bersama keluarga

PRODUK UTAMA :- SUSU LEMBU (600kg/hari)

KELUASAN LADANG: Lebih Kurang 10 Ekar)


HUBUNGI :
Kak Cik : https://wa.me/60192195589
abg Sidek 0123770445

Hasil carian imej untuk ladang ternakan ulu yam
LTU Ladang Ternakan Ulu Yam
Share:

Label

Recent Posts

PERKHIDMATAN


  • Ladang Ternakan Ulu Yam ( LTU )

  • LTU Global Resources

  • Menjual Produk Ternakan Lembu Dan Kambing
  • Menjual Hasil Tenusu Lembu Dan Kambing

HUBUNGI

KAK CIK 019 219 5589
Abg Sidek 012 337 0445

https://wa.me/60192195589

Lot 821 Batu 30 Jalan Besar Hulu Yam Lama
44300 Batang Kali, Selangor 44300 SELANGOR