SEBELAS KEBAIKAN SUSU KAMBING

Susu kambing adalah makanan penyembuhan yang terbaik bagi membina otak, sistem saraf dan mental. Susu kambing mengandungi segala vitamin, mineral, protein dan lemak yang penting bagi pertumbuhan jaringan otak, enzim dan neurotransmiter sekali gus memberi tenaga untuk otak.

Susu kambing juga adalah yang terbaik untuk menghasilkan semula sel-sel di dalam badan bagi memulihkan kesihatan seseorang. Kebaikan susu begitu diangkat sehingga di dalam riwayat Imam al Bukhari diceritakan bahawa ketika peristiwa Israk Mikraj, Jibril yang menghidang susu dan arak kepada Rasulullah SAW telah memuji pilihan Baginda iaitu susu. Jibril berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjukkan engkau kepada fitrah. Seandainya engkau memilih khamar, nescaya binasalah umatmu.”

Walaupun tidak dinyatakan susu apa yang dihidang kepada Baginda ketika itu, namun cukup jelas bahawa Allah telah memberi nikmat yang besar kepada manusia melalui susu dan meminum susu juga menjadi sunnah Rasulullah SAW. Begitu dekatnya susu dengan manusia sehingga susu adalah sebahagian dari fitrah manusia.

Susu kambing paling menjadi kegemaran Rasulullah SAW terutamanya yang diminum terus selepas diperah. Keistimewaan susu kambing adalah pada nutrisinya yang dua kali ganda lebih baik berbanding susu lembu. Malah kehebatan susu kambing ternyata sama tandingnya dengan susu ibu. Bayi yang minum susu ibu dan susu kambing ternyata memiliki sistem imunisasi yang lebih kuat, lebih cerdas dan pintar berbanding dengan anak-anak yang diberi susu lembu atau susu ibu sahaja.

Selain itu susu kambing juga ternyata boleh diminum oleh semua peringkat umur kerana tidak menyebabkan alahan dan keradangan seperti susu lembu. Partikel lemaknya yang lebih kecil menjadikan susu kambing ternyata lebih mudah dihadam berbanding susu lembu.

Berikut merupakan 11 KEBAIKAN SUSU KAMBING

#1 Kalsium Yang Tinggi

Semua jenis susu mempunyai kalsium yang tinggi. Susu kambing tidak terkecuali. Umum mengetahui yang kalsium amat baik untuk menghalang masalah osteoporosis.



#2 Memberi Keselesaan Pada Perut

Minum susu kambing juga tidak menyebabkan keradangan atau ketidakselesaan kepada perut yang biasanya terjadi kepada mereka yang minum susu lembu. Ini kerana susu kambing mempunyai enzim yang lembut terhadap perut.



#3 Komposisi Yang Lebih Hampir Pada Manusia

Komposisi kimia susu kambing lebih dekat kepada susu manusia berbanding susu lembu. Oleh itu, badan kita mendapat lebih nutrien menerusinya.



#4 Kurang Tekanan Pencernaan

Susu kambing kurang memberikan tekanan kepada proses pencernaan.



#5 Satu Cawan Pun Dah Hampir Cukup

Satu cawan susu kambing memberikan hampir 40% keperluan kalsium harian kita, 20% pengambilan vitamin B, selain fosforus dan potassium.



#6 Sesuai Untuk Pengidap Anemia

Bagi mereka yang menghidap anemia, susu kambing adalah baik untuk anda kerana ia boleh meningkatkan kadar zat besi.



#7 Mengimbangkan Asid Lemak Dalma Tubuh

Susu kambing mengimbangkan asid lemak di dalam tubuh. Ini dapat mengelakkan kita daripda penyakit strok, jantung, dan pelbagai lagi komplikasi koronari.



#8 Tinggi Kandungan Potassium

Kandungan potassiumnya yang tinggi membantu merendahkan tekanan darah.



#9 Menguatkan Sisitem Badan

Selenium di dalam susu kambing melindungi kita daripada penyakit dan menghalang jangkitan. Ini kerana selenium merupakan komponen penting di dalam ssstem ketahanan badan.



#10 Kaya Dengan Protein

Susu kambing kaya dengan protein. Protein penting untuk pertumbuhan. Ia membentuk sel, tisu, otot, dan tulang. Oleh itu, proses metabolisme kita dilindungi, pertumbuhan dirangsang, dan sekaligus memastikan kesihatan tubuh secara keseluruhan.



#11 Asid Lemak Yang Lebih Tinggi

Asid lemak yang ada dalam susu kambing lebih tinggi berbanding yang ditemui dalam susu lembu. Tapi, ia kurang lemak “jahat”. Ini bermaksud yang ia membantu dalam menurunkan berat badan tanpa mengabaikan keperluan nutrien.

Jadi, anda boleh mula menyimpan susu kambing di dalam peti sejuk anda untuk mendapatkan keperluan nutrisi harian anda. Ia juga pengganti yang bagus bagi mereka yang tidak suka minum susu lembu tapi mahu mendapatkan khasiat daripada susu.

JANGAN RISAU BAB BAU !!!

Kak Cik dah berhempas pulas untuk menyajikan SUSU KAMBING yang TIADA BAU KAMBING.

INI GERENTI DARI KAK CIK !!!

Untuk TEMPAHAN SUSU KAMBING TANPA BAU




SEBELAS KEBAIKAN SUSU KAMBING

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Label

Recent Posts

PERKHIDMATAN


  • Ladang Ternakan Ulu Yam ( LTU )

  • LTU Global Resources

  • Menjual Produk Ternakan Lembu Dan Kambing
  • Menjual Hasil Tenusu Lembu Dan Kambing

HUBUNGI

KAK CIK 019 219 5589
Abg Sidek 012 337 0445

https://wa.me/60192195589

Lot 821 Batu 30 Jalan Besar Hulu Yam Lama
44300 Batang Kali, Selangor 44300 SELANGOR